Sunday, February 6, 2011

MEDAN IKAN BAKAR,PORT DICKSON

ok..ni cadangan tempat makan ikan bakar best di port dickson.
tapi jauh sedikit dari Tiara Beach Resort ,jika anda jenis orang yg sanggup utk jalan-jalan cari makan ..boleh la cuba tempat ini ..
dulu tempat ni dipanggil restoran nelayan,terletak di pelabuhan nelayan,berhadapan dgn perumahan kastam.

sebelum diubahsuai ..saya dah beberapa kali makan di sini kerana ikan yg segar dan nasi lemak daun pisang yg ummmmmmphh!


cara hendak ke MEDAN IKAN BAKAR ,MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
lebih kurang 20km dari Tiara Beach Resort.

map
**ikut arrow merah hingga satu simpang yg ada signboard BANDAR PORTDICKSON atau Pantai Tg Gemuk
di bawah ini beberapa keping gambar sekitar restoran.



DSC06035
bangunan baru medan ikan bakar majlis perbandaran port dickson

DSC06036
utk lebih eksklusif..boleh la cuba makan di D'terapung...restoran dikelilingi air

DSC06037
atau medan selera ..beberapa kedai pilihan yg ada

DSC06043
pilihan ikan yg segar

DSC06044
suasana di medan ikan bakar...masih baru, bersih dan selesa

DSC06046
mesti cuba! nasi lemak daun pisang... kul 9 mlm dah habis

DSC06047
sambal cicah yg menyelerakan

DSC06048
ikan bakar segar ..ikan siakap..isi lembut gilerrrrrrr...

DSC06049
harga ikan RM22.50 >>rekomen
sotong goreng tepung 3 ekor RM10.50 >>kurang rekomen
fresh orange 2gelas RM4
kailan ikan masin RM4.50
nasi lemak 3 bungkus  ,RM3
sup daging 1 RM8 >>so-so

utk kesenangan...sila telefon dan tempah sebelum tiba supaya tidak menuggu dengan lama
019-3970249
019-6079069

Tuesday, February 1, 2011

NAK BUAT APA 2D1N DI TIARA?

ok...ni setakat cadangan saya sahaja...memandangkan pihak Tiara Beach dan kenakan caj utk masuk waterpark per entry..kite buat plan lain ..

utk manfaatkan caj yg dikenakan sehari..apa kata..anda bertolak awal ke destinasi..
katakan kul 10 pagi tiba....beli gelang dan main air sepuas2 nya sampai kul 7 ptg...
in between..leh naik rehat kejap kat studio  bila tiba masa utk check in... check in awal dibenarkan jika bilik dah ready...



utk malam ..boleh keluar makan ikan bakar di medan ikan bakar pasir panjang , ataupon boleh jalan2 cari makan sekitar pantai teluk kemang...apa salahnya...meronda makan angin malam

keesokan paginya ...bangun awal amik angin pagi ....boleh beli sarapan dan makan/berkelah di pantai blue lagoon
pantai ni terletak beberapa KM dari tiara beach apartment..
berdekatan pantai ,terdapat medan selera menghadap ke pantai.

setelah puas menghirup angin pantai..boleh la bertolak pulang ke bilik utk mengemas dan check out
.dalam perjalanan pulang..anda boleh singgah makan tengahari di restoran SUP POWER PORT DICKSON ..
restoran ni terletak berhampiran selekoh ...(disebelah kanan/seberang jalan jika arah dari Tiara Beach Resort)
map
peta ke Restoran Sup POWER PD (sebelah masjid)


Selamat bercuti!
pantai blue lagoon ,port dickson

blue lagoon ,PD